Rabu, 17 Disember 2008

Bengkel Asas Komputer Terbuka

PPIK KD

Bagi memastikan operasi yang berterusan serta kemudahan kepada komuniti, PPIK Kuala Dipang telah mengadakan Bengkel Asas Komputer Terbuka pada 10,11 dan 12hb Mac 2008 di Dewan Dato' Azman Mahalan Kg Pasir Kuala Dipang. Sambutan ketika itu amat baik hingga menyebabkan sesi latihan terpaksa disambung hingga ke malam. Terima Kasih dan Penghargaan kepada Kak Su ( PPIK Sg Ria ), Cik Aznah ( PPIK Kg Chang Bidor ) kerana datang membantu, En. Ramedan (MSD), En. Sufi (MSD) sebagai Mentor serta pihak JKKK Kg Changkat Jering Mukim Kampar 2007-2008 dengan komitment yang diberikan. Bengkel yang sama juga di adakan di tempat yang sama pada 4,5,6hb April 2008 atas permintaan ramai. Pada 21 dan 22hb April 2008, bengkel sekali lagi di adakan di Makmal Komputer Sekolah Menengah Sri Kampar Perak. Ribuan Terima Kasih kepada pihak sekolah serta guru-guru yang terlibat. Selain daripada kelolaan PPIK sendiri, pihak MAXIS juga telah menganjurkan satu bengkel dengan kerjasama PPIK Kuala Dipang dan JKKKP Kg Changkat Jering di Dewan Dato Azman Mahalan Kg Pasir Kuala Dipang pada 26,27hb Julai 2008. TERIMA KASIH MAXIS! dan tidak lupa kepada Kementerian Tenaga, Air & Telekomunikasi dan JKR dalam mengendalikan Program USP 5.











































































































































Tiada ulasan:

Catat Komen