Rabu, 17 Disember 2008

PPIK KUALA DIPANG

zaimie zain
Penyelia PPIK Kuala Dipang

Operasi PPIK KD telah memulakan operasinya pada awal bulan Mei 2007. Aktiviti awal operasi pada ketika itu adalah menubuh AJK PPIK. Pada masa tersebut, Penyelia Pusat lebih banyak melakukan tugasan asas seperti mengadakan promosi, hebahan, menyelidik dan mencari bahan untuk kandungan tempatan ( lama web ). Atas permintaan ramai, latihan asas komputer telah dimulakan pada akhir bulan Julai 2007. Disebabkan segala peralatan serta perkakasan belum diterima, latihan tersebut di adakan di Perpustakaan Desa. Dengan kerjasama serta komitmen daripada Petugas Perpustakaan Desa ( Cik Halimaton Nafsiah ) , latihan tersebut berjaya di adakan sehingga peralatan serta perkakasan PPIK diterima pada awal Januari 2008. Latihan diteruskan pada pertengahan Januari 2008 dan pihak JKKK Changkat Jering Mukim Kampar 2007 telah memberi kerjasama yang amat baik. Jutaan Terima Kasih di ucapkan kepada Pengerusi JKKK ( Tn Hj Tajuddin Bin Sulaiman ) dengan kerjasama yang diberikan.

- MEMPERKASA GLOBALISASI DIGITAL -





Tiada ulasan:

Catat Komen