Khamis, 1 Disember 2011

Isnin, 14 November 2011

Perkhidmatan PPIK

Perkhidmatan para Penyelia Pusat PPIK adalah bertaraf kontrak dan telah ditamatkan pada 1hb November 2009. Segala Peralatan telah diserahkan kepada pihak JKKK. Dengan penamatan kontrak tersebut, diharap pihak JKKK dapat menyambung operasi Pusat PPIK dengan lebih baik seterusnya usaha pihak kerajaan untuk merapatkan jurang digital untuk penduduk luar bandar akan tercapai.

Jumaat, 19 Disember 2008

Program USP5

Program USP ( Universal Service Provision/Pemberian Perkhidmatan Sejagat ) adalah salah satu usaha kerajaan membantu masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar serta masyarakat luar jangkau (under serve community) mempelajari bidang ICT. Dalam Program USP5, PPIK ( Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti ) diwujudkan untuk memastikan pendekatan program tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan seterusnya Matlamat Dasar Kebangsaan dalam Industri Komunikasi dan Multimedia ( merapatkan jurang digital ) akan dapat dicapai. PPIK Kuala Dipang adalah salah satu daripada 250 - 300 pusat yang ada termasuk Sabah dan Sarawak. Agensi serta pihak yang terlibat dalam program ini adalah KTAK ( Projek ), JKR, Maxis ( Pelaksanaan ), PPIK ( Operasi ) dan dengan kerjasama pihak JKKK serta JKKKP.


Kemudahan Asas Kampung Kuala Dipang


Masjid, Dewan Orangramai, Dewan Serbaguna


Padang bolasepak, Pusat Perniagaan , Dataran/Tapak Pasar Malam






















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Khamis, 18 Disember 2008

Kampung Kuala Dipang

file://kdwebsite1/
Berada dipertengahan antara pekan Gopeng dan pekan Kampar di dalam Mukim Kampar Perak. Sebagai makluman, Pentadbiran Kampung menggunakan nama Kg Changkat Jering Mukim Kampar manakala jiran Kg Pulai Bergading menggunakan nama Kuala Dipang atas sebab pembahagian sempadan. Walaubagaimanapun penggunaan nama tersebut adalah sementara sehingga proses pembahagian sempadan diselesaikan.

Rabu, 17 Disember 2008

Bengkel Asas Komputer Terbuka

PPIK KD

Bagi memastikan operasi yang berterusan serta kemudahan kepada komuniti, PPIK Kuala Dipang telah mengadakan Bengkel Asas Komputer Terbuka pada 10,11 dan 12hb Mac 2008 di Dewan Dato' Azman Mahalan Kg Pasir Kuala Dipang. Sambutan ketika itu amat baik hingga menyebabkan sesi latihan terpaksa disambung hingga ke malam. Terima Kasih dan Penghargaan kepada Kak Su ( PPIK Sg Ria ), Cik Aznah ( PPIK Kg Chang Bidor ) kerana datang membantu, En. Ramedan (MSD), En. Sufi (MSD) sebagai Mentor serta pihak JKKK Kg Changkat Jering Mukim Kampar 2007-2008 dengan komitment yang diberikan. Bengkel yang sama juga di adakan di tempat yang sama pada 4,5,6hb April 2008 atas permintaan ramai. Pada 21 dan 22hb April 2008, bengkel sekali lagi di adakan di Makmal Komputer Sekolah Menengah Sri Kampar Perak. Ribuan Terima Kasih kepada pihak sekolah serta guru-guru yang terlibat. Selain daripada kelolaan PPIK sendiri, pihak MAXIS juga telah menganjurkan satu bengkel dengan kerjasama PPIK Kuala Dipang dan JKKKP Kg Changkat Jering di Dewan Dato Azman Mahalan Kg Pasir Kuala Dipang pada 26,27hb Julai 2008. TERIMA KASIH MAXIS! dan tidak lupa kepada Kementerian Tenaga, Air & Telekomunikasi dan JKR dalam mengendalikan Program USP 5.











































































































































PPIK KUALA DIPANG

zaimie zain
Penyelia PPIK Kuala Dipang

Operasi PPIK KD telah memulakan operasinya pada awal bulan Mei 2007. Aktiviti awal operasi pada ketika itu adalah menubuh AJK PPIK. Pada masa tersebut, Penyelia Pusat lebih banyak melakukan tugasan asas seperti mengadakan promosi, hebahan, menyelidik dan mencari bahan untuk kandungan tempatan ( lama web ). Atas permintaan ramai, latihan asas komputer telah dimulakan pada akhir bulan Julai 2007. Disebabkan segala peralatan serta perkakasan belum diterima, latihan tersebut di adakan di Perpustakaan Desa. Dengan kerjasama serta komitmen daripada Petugas Perpustakaan Desa ( Cik Halimaton Nafsiah ) , latihan tersebut berjaya di adakan sehingga peralatan serta perkakasan PPIK diterima pada awal Januari 2008. Latihan diteruskan pada pertengahan Januari 2008 dan pihak JKKK Changkat Jering Mukim Kampar 2007 telah memberi kerjasama yang amat baik. Jutaan Terima Kasih di ucapkan kepada Pengerusi JKKK ( Tn Hj Tajuddin Bin Sulaiman ) dengan kerjasama yang diberikan.

- MEMPERKASA GLOBALISASI DIGITAL -





Aktiviti Penyelia



PPIK KUALA DIPANG



Tugas-Tugas Penyelia PPIK
  • mengadakan promosi
  • mengadakan taklimat kepada komuniti
  • menyelidik populasi komuniti, mencari bahan, mengumpul maklumat untuk laman web
  • mengawal selia pusat
  • memberi latihan asas komputer serta mengadakan bengkel asas komputer
  • menubuhkan ahli jawatankuasa PPIK
  • serta menubuhkan kelab PPIK

Selain daripada itu, penyelia juga membantu komuniti dalam bidang hal ehwal kemasyarakatan seperti penyebaran maklumat umum, perniagaan, produk serta mewujudkan sekurang-kurangnya 1 projek usahawan.

Buah-buahan yang ada di Kuala Dipang tetapi jarang ditemui di tempat lain.

Buah Markisa


Buah Cerpu